Pusat Pengajian Al-Quran Dan Tahfiz Al-Ulum

PPQT AL-ULUM

Jalan Besar, Kampung Bukit Bangkong, 43950 Sungai Pelek, Selangor
No. Pendaftaran JAIS: JAI.SEL.BPI 03/05/083/01 JLD 5 (53) | Kod Sekolah: BZH 9012

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2026 & 2027

Sesi Pengambilan Bermula: 13 Januari 2026

Tentang Kami

Pusat Pengajian Al-Qur'an dan Tahfiz Al-Ulum merupakan pusat pengajian yang menyediakan silibus berteraskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Bermatlamat untuk melahirkan generasi celik Al-Qur'an, pusat ini mengintegrasikan pengajian tahfiz dengan matapelajaran Diniyyah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan kemahiran (TVET) bagi memastikan pelajar mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

0
Pelajar Berjaya
0
Tahun Beroperasi
0
Guru Berdedikasi

Visi, Misi & Objektif

Visi

Melahirkan Generasi Celik Al-Quran.

Misi

  • Menyiapkan generasi yang unggul dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Membentuk kemandirian cemerlang dari aspek akhlak dan sahsiah.
  • Memperkasa kegiatan baca, tulis Al-Quran dan tahfiz.

Objektif

  • Membina kefahaman mendalam tentang Al-Quran.
  • Membentuk insan seimbang dari segi ukhrawi, duniawi dan sahsiah terpuji.
  • Membentuk masyarakat yang berpegang teguh pada acuan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Silibus Pengajian

Pelajar-pelajar mengaji Al-Quran di dalam kelas Tahfiz

Tahfiz

  • Tahsin Al-Quran
  • Hifz Al-Quran
  • Tahriri Al-Quran
Suasana pembelajaran akademik KSSM

Akademik (KSSM)

  • Bahasa Melayu & Inggeris
  • Lughatul Arabiah Muasirah
  • Syariah & Usuluddin
  • Matematik & Maharat Al-Quran
Pelajar fokus menghadapi peperiksaan SPM

Akademik (SPM)

  • Bahasa Melayu & Inggeris
  • Bahasa Arab & Pendidikan Islam
  • Sains & Matematik
  • Tasawwur Islam & Maharat Al-Quran
Pelajar dalam kelas kemahiran masakan dan pramusaji TVET

Kemahiran TVET Masakan dan Pramusaji

  • Kelas Modul Pastri
  • Kelas Modul Snek dan Koktel
  • Kelas Modul Daging Perapan
  • Kelas Hidangan Utama
Pelajar dalam kelas kemahiran pendawaian elektrik TVET

Kemahiran TVET Pendawaian Elektrik (PW2, G1, G2)

  • Pendawaian Elektrik Domestik (PW2)
  • Pendawaian Elektrik Industri (G1)
  • Pendawaian Elektrik Komersial (G2)
  • Penyelenggaraan dan Pemeriksaan Elektrik
Pelajar dalam kelas kemahiran konfeksioneri dan bakeri TVET

Kemahiran TVET Konfeksioneri dan Bakeri

  • Pengurusan Pastri dan Kek
  • Teknik Penghiasan Kek
  • Pembuatan Gula-gula dan Coklat
  • Pengendalian Peralatan Bakeri
Pelajar dalam kelas kemahiran teknologi motosikal TVET

Kemahiran TVET Teknologi Motosikal

  • Penyelenggaraan Enjin Motosikal
  • Sistem Elektrik dan Elektronik Motosikal
  • Pembaikan dan Penalaan Prestasi Motosikal
  • Pengurusan Bengkel Motosikal

Program Unggulan Kami

Hafazan Al-Quran Penuh

Sasaran khatam 30 Juzuk dalam 3-5 tahun dengan bimbingan tasmi' dan tajwid.

Akademik Bersepadu

Gabungan kurikulum KSSM (SPM) dan pengajian agama secara seimbang.

TVET Huffaz

Program kemahiran kulinari dan elektrikal dengan pensijilan GIATMARA.

Kelas Mengaji Komuniti

Sesi pengajian Al-Quran untuk dewasa dan kanak-kanak pada waktu malam dan hujung minggu.

Tarbiyah & Kepimpinan

Aktiviti pembangunan sahsiah seperti kem, rehlah, dan qiyamullail.

Pengajian Kitab Turath

Kelas pengajian kitab-kitab tradisional dalam bidang Fiqh, Tauhid, Akhlak, dan Hadis.

Acara & Aktiviti

Pencapaian Pelajar

Apa Kata Mereka

"Alhamdulillah saya memang nampak banyak perubahan kepada anak saya. Disiplin dan akhlaknya jauh lebih baik sejak di sini."

Nur Sana'a Hussin
Ibu Pelajar

"Anak saya sudah boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan menunjukkan minat mendalam dalam subjek agama. Terima kasih ustaz dan ustazah."

Syairah Kamarudin
Ibu Pelajar

"Sistem pendidikan yang seimbang antara akademik dan hafazan sangat memuaskan. Guru-guru sangat komited dan prihatin."

Shamsul Bin Musa
Bapa kepada 3 Pelajar

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah syarat kemasukan ke PPQT AL-ULUM?

Pelajar perlu berumur antara 12-19 tahun, lulus ujian saringan tahfiz, dan mempunyai minat mendalam berkaitan akademik, tahfiz, kemahiran.

Adakah yuran bulanan diperlukan?

Yuran bulanan dikenakan, tetapi terdapat pelan bantuan kewangan untuk keluarga yang memerlukan. tiada fees tersembunyi

Adakah PPQT AL-ULUM menyediakan asrama?

Ya, kami menyediakan kemudahan asrama lengkap dengan pengawasan dan aktiviti harian yang terancang.

Hubungi Kami

Jalan Besar, Kg Bukit Bangkong, 43950 Sungai Pelek, Selangor

011-1330 8596

011-1330 8596 (Hotline)

ppqtalulum.sepang@gmail.com

Lokasi PPQT AL-ULUM
Dapatkan Arah
Chat dengan kami