Tentang Kami
Pusat Pengajian Al-Qur'an dan Tahfiz Al-Ulum merupakan pusat pengajian yang menyediakan silibus berteraskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Bermatlamat untuk melahirkan generasi celik Al-Qur'an, pusat ini mengintegrasikan pengajian tahfiz dengan matapelajaran Diniyyah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan kemahiran (TVET) bagi memastikan pelajar mempunyai asas yang kukuh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Visi, Misi & Objektif
Visi
Melahirkan Generasi Celik Al-Quran.
Misi
- Menyiapkan generasi yang unggul dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah.
- Membentuk kemandirian cemerlang dari aspek akhlak dan sahsiah.
- Memperkasa kegiatan baca, tulis Al-Quran dan tahfiz.
Objektif
- Membina kefahaman mendalam tentang Al-Quran.
- Membentuk insan seimbang dari segi ukhrawi, duniawi dan sahsiah terpuji.
- Membentuk masyarakat yang berpegang teguh pada acuan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Silibus Pengajian

Tahfiz
- Tahsin Al-Quran
- Hifz Al-Quran
- Tahriri Al-Quran

Akademik (KSSM)
- Bahasa Melayu & Inggeris
- Lughatul Arabiah Muasirah
- Syariah & Usuluddin
- Matematik & Maharat Al-Quran

Akademik (SPM)
- Bahasa Melayu & Inggeris
- Bahasa Arab & Pendidikan Islam
- Sains & Matematik
- Tasawwur Islam & Maharat Al-Quran

Kemahiran TVET Masakan dan Pramusaji
- Kelas Modul Pastri
- Kelas Modul Snek dan Koktel
- Kelas Modul Daging Perapan
- Kelas Hidangan Utama

Kemahiran TVET Pendawaian Elektrik (PW2, G1, G2)
- Pendawaian Elektrik Domestik (PW2)
- Pendawaian Elektrik Industri (G1)
- Pendawaian Elektrik Komersial (G2)
- Penyelenggaraan dan Pemeriksaan Elektrik

Kemahiran TVET Konfeksioneri dan Bakeri
- Pengurusan Pastri dan Kek
- Teknik Penghiasan Kek
- Pembuatan Gula-gula dan Coklat
- Pengendalian Peralatan Bakeri

Kemahiran TVET Teknologi Motosikal
- Penyelenggaraan Enjin Motosikal
- Sistem Elektrik dan Elektronik Motosikal
- Pembaikan dan Penalaan Prestasi Motosikal
- Pengurusan Bengkel Motosikal
Program Unggulan Kami
Hafazan Al-Quran Penuh
Sasaran khatam 30 Juzuk dalam 3-5 tahun dengan bimbingan tasmi' dan tajwid.
Akademik Bersepadu
Gabungan kurikulum KSSM (SPM) dan pengajian agama secara seimbang.
TVET Huffaz
Program kemahiran kulinari dan elektrikal dengan pensijilan GIATMARA.
Kelas Mengaji Komuniti
Sesi pengajian Al-Quran untuk dewasa dan kanak-kanak pada waktu malam dan hujung minggu.
Tarbiyah & Kepimpinan
Aktiviti pembangunan sahsiah seperti kem, rehlah, dan qiyamullail.
Pengajian Kitab Turath
Kelas pengajian kitab-kitab tradisional dalam bidang Fiqh, Tauhid, Akhlak, dan Hadis.
Acara & Aktiviti
Pencapaian Pelajar
Apa Kata Mereka
"Alhamdulillah saya memang nampak banyak perubahan kepada anak saya. Disiplin dan akhlaknya jauh lebih baik sejak di sini."
"Anak saya sudah boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan menunjukkan minat mendalam dalam subjek agama. Terima kasih ustaz dan ustazah."
"Sistem pendidikan yang seimbang antara akademik dan hafazan sangat memuaskan. Guru-guru sangat komited dan prihatin."
Soalan Lazim (FAQ)
Pelajar perlu berumur antara 12-19 tahun, lulus ujian saringan tahfiz, dan mempunyai minat mendalam berkaitan akademik, tahfiz, kemahiran.
Yuran bulanan dikenakan, tetapi terdapat pelan bantuan kewangan untuk keluarga yang memerlukan. tiada fees tersembunyi
Ya, kami menyediakan kemudahan asrama lengkap dengan pengawasan dan aktiviti harian yang terancang.
Hubungi Kami
Jalan Besar, Kg Bukit Bangkong, 43950 Sungai Pelek, Selangor
011-1330 8596
011-1330 8596 (Hotline)
ppqtalulum.sepang@gmail.com